Pelik Macam Mana Bilah Kipas Siling Boleh Patah? Ni Antara Perkara Yang Korang Kena Tahu

Kipas siling sering jadi pilihan kerana menjimatkan ruang dan kelihatan estetik di dalam rumah. Tapi, bila digunakan dalam tempoh masa yang lama tanpa henti ia akan cepat rosak.

Pernah dengar kipas siling rumah korang mengeluarkan bunyi geseran yang pelik? Memang annoying! Ramai yang terus letak minyak untuk menghilangkan bunyi tersebut. Walaupun cara ni berkesan, sebenarnya ia boleh memberi kesan buruk pada kipas siling tersebut.

 

Bilah boleh patah semasa kipas berpusing, bahaya!

Apabila kipas siling berbunyi, ramai yang rela menggunakan cara sendiri dengan menyapu minyak pelincir dan bahan kimia lain untuk hilangkan bunyi bising tu. Memang bunyinya hilang tapi dalam tak sedar kipas siling korang dah mula sakit.

Selain menyebabkan besi berkarat, kegunaan minyak pelincir dan bahan kimia lain boleh mengakibatkan bahagian plastik pada kipas siling mengalami kerosakan. Kesan kimia akan buat bilah kipas siling mudah patah. Bahaya kalau bilah tu patah sewaktu korang gunakan kipas siling!

Ramai yang suka guna sabun pencuci yang mengandungi bahan kimia ketika membersihkan kipas siling. Kononnya nak bagi nampak cantik dan berkilat la. Sepatutnya korang hanya perlu gunakan air dan lapkan je. Sebab kegunaan sabun pencuci boleh mengakibatkan sesetengah bahagian pada kipas siling jadi rosak tau.

Jaga-jaga! Kipas siling tak elok dipasang di siling bahagian luar rumah sebab kalau terkena cahaya matahari yang panas boleh menyebabkan bilah patah. Selain bahagian luar rumah, kipas siling yang berbilah plastik ABS jugak tak elok dipasang di dapur. Hal ini kerana asap daripada minyak semasa memasak di dapur boleh menyebabkan bilah kipas patah.

Kita selalu dengar insiden kipas siling jatuh dan bilah kipas siling terbang sampai mencederakan orang lain. Disebabkan banyak kemalangan terjadi daripada kipas siling, sebab tu DEKA mencari inisiatif lain untuk mengatasi kelemahan tersebut dengan menambah memasang sesuatu sebagai langkah keselamatan pada kipas siling mereka. Jom kita tengok apa yang mereka buat..

Penambahan fungsi T-Bracket, teknologi terbaru pada kipas siling

Baru-baru ni kami dengar cerita ada versi upgrade kipas siling plastik ABS dengan teknologi terbaru di pasaran yang dipanggil kipas siling plastik ABS T-Bracket. Paling menarik, kipas siling plastik ABS T-Bracket dikeluarkan oleh DEKA, jenama kipas siling yang sangat terkenal di Malaysia!

Ramai sukakan kipas siling plastik ABS sebab ia ringan, lebih laju, reka bentuk cantik dan harganya pun lebih murah. Cuma bilah kipas siling plastik ABS ada sedikit kelemahan iaitu mudah patah apabila terkena minyak atau bahan kimia yang terhasil dari sabun cucian untuk mencuci bilah kipas. Sebab tu DEKA mencari inisiatif lain untuk mengatasi kelemahan tersebut dengan menambah T-Bracket pada bilah kipas.

Tahap keselamatan yang tinggi, siap ujian gegaran oleh mesin khas

Penambahan fungsi T-Bracket ni dibuat agar tahap keselamatan korang lebih tinggi dan boleh dipercayai. Berkonsepkan ringan dan tahan lama bilah kipas siling plastik ABS dengan fungsi keselamatan T-Bracket, korang tak perlu risau pasal kemalangan kat rumah lagi.

Kalau korang tak percaya, boleh tengok video kat bawah. DEKA menggunakan mesin khas untuk menguji tahap gegaran kipas siling plastik ABS T-Bracket. Buat lebih 20,000 kali pun, bilah kipas siling ni tak patah wei. Power gila!

Dengan adanya penambahan fungsi T-Bracket, kipas siling korang akan lebih kukuh dengannya. Kebarangkalian bilah kipas siling untuk patah adalah kurang daripada 0.0001%. Senang cerita, kalau bilah kipas siling ni patah, ia takkan terbang ke tempat lain.

Memiliki sijil SIRIM, lebih dijamin selamat

Undang-undang telah ditetapkan yang produk elektrik dan elektronik mesti disahkan oleh SIRIM sebelum digunakan di Malaysia. Hal ini bagi memastikan keselamatan terjamin dan tiada kemalangan tidak diingini berlaku.

Sebenarnya ramai pengguna kipas siling tak tahu pasal sijil SIRIM ni. Asal murah je, terus beli. Tak tengok betul-betul. Cuba check kipas siling rumah korang sekarang. Ada sijil SIRIM tak? Kalau tak ada, baik pergi tukar sekarang sebelum jadi apa-apa.

Untuk pengetahuan korang, kipas siling plastik ABS T-Bracket oleh DEKA mempunyai sijil SIRIM untuk meyakinkan korang lagi.

So, korang dah yakin nak guna kipas siling plastik ABS T-Bracket kat rumah kan? Boleh la dapatkannya di DEKA sekarang!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari ke laman sesawang https://www.deka.my.